RASULULLAH s.a.w ketika hayatnya selalu bermuzakarah bersama umat Islam lain, terutamanya empat sahabat karib baginda, iaitu Abu Bakar r.a; Umar r.a; Usman r.a; dan Ali r.a.Suatu hari, Rasulullah dengan Abu Bakar, Umar dan Usman berkunjung ke rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.ha, yang juga puteri Rasulullah, mengihidangkan madu untuk mereka.Madu itu diletakkan Sayidatina Fathimah dalam sebuah mangkuk cantik dan ketika ia dihidangkan, sehelai rambut secara tiba-tiba jatuh ke dalam mangkuk berkenaan.Rasulullah kemudian meminta sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda terbabit, iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut.Abu Bakar berkata berkata: “Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”Umar berkata: “Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”Usman berkata: “Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”Ali berkata: “Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu itu senang sampai kembali ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”Fatimah berkata: “Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis daripa madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat oleh orang lain keculai muhrimnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”Rasulullah kemudian berkata: “Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik adalah lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan amal yang baik itu adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”Malaikat jibril a.s pula berkata: “Menegakkan pilar-pilar agama itu adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan usaha agama sehingga akhir hayat adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”Allah s.w.t kemudian berfirman: “Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
p/s : sedia kan amalan yg cukup utk menempuh hari yg kekal abadi... Kesunyian pasti mengamit jika tdk bertemu walau cuma di alam mimpi. Tp aku yakin ini garis pertama & kita tdk boleh melangkah krn takdir kita adalah shbt…
Wednesday, April 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment