Tuesday, January 22, 2008

Assalamualaikum pada teman-teman dan pengunjung blog ni..
hari ni merupakan hari baru bagi saya sebagai seorang pelajar, anak, teman dan seorang muslim. semalam saya menghadapi kesukaran yang betul2 menguji keimanan dan kesabaran. Saya dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan dan membuatkan hati saya resah dan tak menentu.. apa itu cinta.. cintakan manusia, manusia mati, cintakan tumbuhan, tumbuhan layu, tetapi cinta pada Allah S.W.T akan kekal selamanya..

cinta dan sahabat.. mane lebih penting??
mungkin bagi sesetengah orang, persahabatan lebih penting berbanding cinta, tetapi bagi diri saya, kedua2nya adalah penting. semalam saya telah mendapat ujian yang besar melibatkan sahabat dan orang yang saya sayang.. semua saya sayang, semua saya percaya dan semua penting dalam hidup saya.. tetapi sebagai seorang muslim, apa yang perlu kita lakukan hanyalah memohon doa kepadaNya supaya diberi petunjuk yang sebaik2nya.. semalam macam2 hal terjadi pada saya.. (The day that everything goes wrong), disebabkan masalah yang saya hadapi, saya tak dapat tumpu pada pelajaran di kelas, kadang2 terfikir kenapa manusia mudah sangat stress dan terbawa2 masalah tu.. bila saya sedar, tak patut saya berkelakuan begitu, saya tumpu pada pembelajaran, tapi masih hilang tumpuan..saya sedih sangat, pastu cover muka sebab nak nangis. habis je class, saya terus ke toilet and tiba2 sapu tangan yang saya guna masa kat class tadi terjatuh lam toilet.. masyaallah.. ujian apakah ini??

lepas tu kawan2 ajak gi tesco, nak beli barang dapur, saya ikut je dengan minda yang berat.. sampai kat tesco kitorang pergi solat asar dulu, rasa tenang bila solat..tapi masa nak keluar dari surau, saya perasan selipar saya tak ada kat tempat yang saya letak tadi.. Ya Allah.. sape la yang amik selipar tu.. yang heran tu, selipar orang lain tak ambik plak.. sekitar tesco saya cari tapi tak jumpa siapa yang pakai selipar tu.. terpaksalah saya pakai selipar jepun yang ada kat surau tu.. sedih sangat sebab selipar tu masih baru dan selesa kaau pakai.. saya menyumpah2 sebab geram..pastu cam terfikir, tak baik la plak camtu, terus beristighfar banyak.. astaghfirullah...ujian apakah ini??

habis satu tesco saya round tapi tak jumpa gak kelibat orang yang abik seliar saya tu, so kitorang terus je masuk kat pasaraya tu and beli barang2 keperluan.. saya jalan je.. tak rasa nak beli pape..minda rasa serabut je..saya jalan,jalan dan jalan tengok2 troli dah penuh, tak sedar bila kawan2 letak barang tu.. apa nak jadilah dengan aku ni.. terfikir2 plak saya.. lepas je beli barang kitorang balik, separuh dengan teksi separuh dengan bas..
sampai je kat rumah kitorang, saya sedar2, kad matrik saya tak ada.. ntah bila terjatuh.. saya cari kat kawasan rumah tapi tak jumpa.. saya termenung seketika, Ya Allah..ujian apakah ini??

malam tu saya murung je..ntah apa yang tak kena pada saya,saya msg kakak yang berada di Australia dan dia hubungi saya.. saya luah semua masalah saya kat dia.. Alhamdulillah saya rase lega sangat lepas tu..

hari ni saya dah taknak fikir lagi masalah2 yang tak sepatutnya difikirkan.. teringat kata2 kakak semalam.." apa yang berlaku adalah Qada' dan Qadar yang Allah tetapkan, ujian yang Allah beri menunjukkan Allah sayang pada hambanya dan mahu kita sedar atas kesilapan dan jangan lalai dalam mengingatinya.. itu hanya ujian yang kecil, ramai lagi yang di uji dengan perkara yang lebih berat..so banyak2kan berdoa minta pertolongan dan petunjuk darinya" Ya Allah.. mungkin banyak sangat kesilapan yang saya buat secara sedar mahupun tidak.. saya tanamkan azam baru pada hari ini, ingin lupakan hal lama dan mulakan kehidupan yang baru.. Alhamdulillah disebabkan masalah tu saya semakin yakin dan berharap saya lebih bersedia menghadapi apa jua rintangan yang mendatang dan yang paling penting setiap perkara yang saya buat, semuanya adalah kerana Dia..

"Ya Allah, aku bersyukur di atas nikmat yang Engkau berikan dan aku redha dengan ujian yang Engkau turunkan padaku..sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..amin.."

harap2 cerita saya ni boleh buat iktibar kat teman2.. walau apa pun ujian yang melanda, kita sebagai umat islam harus tabah dalam menanganinya.. jangan sampai minda dan diri di pengaruhi masalah yang tak sepatutnya di fikirkan..banyakkan memohon doa kepadaNya dan mudah2an segala ujiain yang Allah berikan dapat membantu dan mengubah kita menjadi insan yang lebih berguna.. based on cerita tadi nampak cam banyak je masalah sampingan yang terjadi akibat dok fikir masalah yang tak penting tu..contohnya..tak dapat tumpu study, minda jadi serabut dan jadi tak sedar apa berlaku di sekeliling kita.. tak elok camtu kan..harap2.. teman2 yang lain tak jadi cam saya and saya pun harap perkara ni tak akan terjadi lagi tapi kalau terjadi pun saya rase dah bleh handle kot.. okey..moral of the story.. segala nikmat,ujian, kesenangan dan segala2nya datang dari Allah, jangan sesekali lalai kepadaNya dan pandai2 lah kawal emosi bila hadapi masalah kaau tak kita jugak yang rugi kan..(^_^)

P/s: terpaksa beli selipar baru and buat kad matrik baru..huhuhu.. pastu kena gi balik kat tesco sebab terlupa banyak barang kena beli..hehehe..

No comments: